Page 83 - Metamorfosis Evolusi Inovasi dan Kualiti JTS Sarawak
P. 83
Pembudayaan KIK
ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM 2017
Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Mukah telah mewakili Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada Anugerah Inovasi
Pejabat Daerah dan Tanah (AIPDT) 2017. JTS Mukah telah disenarai pendek sebagai finalis bersama Pejabat-pejabat Daerah
dan Tanah Melaka, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak. AIPDT merupakan salah satu daripada empat anugerah yang
dipertandingkan dalam Anugerah Sektor Awam Malaysia selain anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT), Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sesi Lawatan Tapak oleh panel penilai telah diadakan pada 22 Mei 2017 di JTS Mukah. Sebanyak lima kriteria utama yang
telah dinilai oleh panel penilai yang telah diketuai oleh Puan Dayangku Uteh binti Awangku Mashhor dari Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya. Encik Abdullah bin Julaihi, Timbalan Pengarah
Pengurusan JTS serta Encik Awang Zamhari Awang Mahmood, Penolong Pengarah Cawangan Tanah telah hadir bersama sesi
tersebut.
83