News

 

Inovasi JTS Sarawak raih 1 Anugerah Khas Antarabangsa

18 Mar 2023

KUCHING, 18 Mac:  Inovasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah meraih tiga pingat emas bagi kategori Public Service Innovation Award (PSIA) pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2023.

Tiga inovasi tersebut adalah Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian, e128 Loss of Land Title Online System oleh Sassoku-Tech dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan MySmartTOL oleh Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang.

Disamping itu juga satu inovasi yang bertajuk Intelligent Recover System (i-Recover) oleh RUAI VAIE D9 dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu memenangi pingat perak.

Projek Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian dari JTS juga diberi pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas daripada The International Alliance of Innovation & Invention Associations (IAIA) 2023.

Penyerahan pingat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Datum Saidatu Akhma Hassan pada 17 Mac 2023 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur.


Copyright © Land and Survey Department, Sarawak.

Last Updated On 28 Feb 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

Polls
Announcement