picture

News

 

Sebanyak 34 terima pampasan tanah berjumlah RM1.3 juta

Posted on 10 Mar 2023
Source of News: Utusan Borneo

MUKAH: Seramai 34 penerima menerima pampasan tanah berjumlah RM1.3 juta bagi Projek Jalan Alternatif Skim Kampung Petanak di Tingkat Satu Menara Pehin Setia Raja di sini hari ini.

Cek pampasan diserahkan kepada semua penerima oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Majlis sama turut menyaksikan penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen Enam Kanun Tanah Negeri kepada komuniti Iban di Hulu Sikat, Batang Mukah melibatkan kawasan tanah seluas 46.67 hektar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine.

Dalam ucapannya, Len memberitahu bahawa kerajaan negeri sebenarnya terus komited dalam penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah inisiatif baharu bermula 2010.

"Sehingga kini, sekitar satu juta lebih hektar NCR disukat dalam tempoh 2010 hingga 2023. Keseluruhan NCR dianggarkan 1.6 juta hektar dan tidak banyak baki untuk disukat," katanya pada majlis tersebut.

Justeru, beliau mengharapkan kerjasama terutama orang ramai supaya memudahkan kerja-kerja penyukatan.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kerajaan menafikan pemilikan tanah namun ternyata ia sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya satu tuduhan liar.

"Kerajaan negeri juga mempunyai banyak perancangan pembangunan melibatkan pembinaan infrastruktur di seluruh Sarawak sama ada dalam pelaksanaan atau dalam perancangan.
"Semuanya akan memberi impak positif terhadap pembangunan negeri secara keseluruhan," jelasnya.


picture Polls
picture Announcement