News

 

Permohonan berkumpulan, percepat proses miliki rumah kediaman

Posted on 24 Aug 2023
Source of News: Suara Sarawak


Datuk Ding Kuong Hiing mengabadikan kenangan bersama penerima Tol di Bintangor

BINTANGOR: Permohonan secara berkumpulan merupakan alternatif terbaik untuk membantu penerima lot memiliki rumah kediaman.

Cadangan itu dikemukakan ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, sambil menyifatkan sebagai satu pendekatan untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan B40.

Katanya, pendekatan tersebut juga membantu wakil rakyat untuk mengemukakan permohonan bagi tujuan pembinaan Projek Perumahan Mampu Milik seperti Spektra Permata.

“Jika boleh, pemilik lot buat permohonan secara berkumpulan di lokasi yang sama. Cara itu memudahkan wakil rakyat seperti saya mencari pembiayaan, mungkin kita bantu mereka melalui Skim Perumahan Spektra Permata (RSP) atau yang berkaitan, ” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menyempurnakan majlis Penyampaian 47 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di Bintangor, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah mengemukakan permohonan bagi pelaksanaan 51 unit rumah melalui Skim RSP di Kampung Malaysia.

“Ini merupakan salah satu contoh dan saya berharap permohonan itu mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

“Saya fikir ini cara terbaik untuk membantu rakyat membina rumah mereka. Jika mereka membina secara individu, mungkin agak lambat, berbeza standard dan tidak seragam,” ujarnya.

Hadir sama Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui.



Copyright © Land and Survey Department, Sarawak.


Last Updated On 21 Sep 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

Polls
Announcement