picture

News

 

39 kakitangan JTS tamat Kursus Latihan Asas Penguat Kuasa

Posted on 27 May 2023
Source of News: Utusan Borneo

Awang Zamhari (hadapan) diiringi oleh Rozlan (belakang kanan) tiba majlis pada penutupan rasmi kursus tersebut di Kem Pakit, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN: Seramai 39 kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menamatkan Kursus Latihan Asas Penguat Kuasa  Siri 1/2023 di Padang Kawad, Batalion Ke-13, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Pakit Sri Aman hari ini.
 

Majlis penutupan kursus tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JTS Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada Pengurusan Batalion Ke-13, RAMD, Kem Pakit Sri Aman atas persetujuan mengadakan dua kursus serentak iaitu Kursus Asas Penguatkuasa dan Kursus Asas Pencaragam di kem itu.

Menurutnya, ini julung kali jabatan itu menghantar anggota menyertai Kursus Asas Pancaragam sebagai usaha menyahut seruan Pengarah JTS Sarawak menubuhkan pasukan itu di peringkat jabatan.

"Ini adalah kali kelima kursus itu diadakan di Batalion Ke-13 RAMD, Kem Pakit Sri Aman  sejak 2008," katanya.
 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota JTS Sarawak kerana berjaya menamatkan kursus itu.

“Saya berdoa semoga ilmu diperolehi dapat digunakan dalam menjalankan tugasan harian selepas kembali ke bahagian masing-masing.

“Kursus seumpama ini amat perlu dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan menarapkan displin tinggi kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Rozlan Putit, Penolong Pegawai Memerintah, Batalion 13 RAMD Kem Pakit Mejar Mohd Norhafiz Osman serta yang lain.

Dalam pada itu, Penuntut Pancaragam Terbaik, Kursus Asas Penguat Kuasa Siri 1/2023 JTS Sarawak disandang Muhaiyatul Amri Siful Hazman dari JTS Bahagian Serian.

Manakala Penuntut Kawad Terbaik disandang Muhammad Syafiq Muhammad Anuar dari JTS Bahagian Sibu.

Penuntut Keseluruhan Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh Pembantu Penguat Kuasa, Mahadir Raim dari JTS Bahagian Miri.



picture Polls
picture Announcement