picture

News

 

Premier Sarawak Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri Di Lawas

Posted on 27 May 2023
Source of News: UKAS Sarawak

LAWAS: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri (SDCCM) di sini pada Sabtu. 

Mesyuarat itu antara lain bertujuan membincangkan prestasi pelaksanaan projek khasnya di bahagian Limbang. 

Antara agensi yang menyampaikan pembentangan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari ialah Kementerian Pengangkutan Malaysia, Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) serta Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR). 

Pada sebelah petang Sabtu, Premier Sarawak dijadualkan melawat ke beberapa tapak projek pembangunan termasuk Jambatan Baharu Bandar Lawas, Pusat Pentadbiran Bersepadu Lawas serta Hospital Lawas. 

Hadir sama ialah tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, ADUN Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi,  Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal serta Ketua-Ketua Jabatan lain. -Edisi UKAS


 



picture Polls
picture Announcement