Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Land and Survey Department, Sarawak Malaysia



Dimaklumkan bahawa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah mempelawa penduduk-penduduk kampung di kawasan Kampung (SPK) Badong Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Halud Fasa I, Matu, Kampung (SPK) Jemoreng Fasa I, Matu, Kampung (SPK) Lemang Pek/Kampung Tengah/ Kampung Pangtray Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Masjid/Kampung Panchor/ Kampung Baru Fasa I, Daro, Kampung (SPK) Rajang Baru, Tanjung Manis, Kampung (SPK) Tian, Matu dan Kampung (SPS) Matu Fasa I, Matu untuk mengemukakan permohonan bagi  mengisi kekosongan lot-lot kediaman di Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) tersebut. Keutamaan dalam pemilihan dan pengagihan lot di Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) adalah seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia dan penduduk Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas, telah berkahwin dan mempunyai keluarga;
  2. Pemohon adalah terdiri daripada keluarga tambahan dari kampung yang terlibat;
  3. Pemohon tidak mempunyai lot perumahan;
  4. Pemohon adalah dalam kategori berpendapatan rendah atau keluarga termiskin;
  5. Pemohon yang terlibat dalam bencana alam;
  6. Kes-kes khas yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan (contohnya keluarga yang memerlukan lot rumah setelah diluluskan dengan bantuan bina rumah)

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem ARES yang boleh diakses di laman web rasmi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, https://landsurvey.sarawak.gov.my. Untuk makluman, butiran permohonan yang dikemukakan adalah terpelihara serta sulit dan hanya digunakan untuk proses permohonan ini sahaja.

TARIKH BUKA    : 11 MAC 2019
TARIKH TUTUP  : 10 MEI 2019

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pegawai Seranta kami Encik Mohammad Syarfalah Hisham Bin Ramli/Encik Awang Abdul Shawal Bin Haji Awang Boni/Cik Laila Binti Asri di Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Mukah, waktu pejabat di talian (084-873309/084-873315).

Nota: Sila muat turun notis di sini untuk maklumat lebih lanjut.