Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay

Program Gotong Royong Kampung Meludam, Betong
Posted on : 11 Oct 2018  Source of News: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
 

Pada 10 Oktober 2018 bertempat di Kampung Maludam, Betong, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong telah melaksanakan projek gotong royong bersama sama dengan pihak PDRM, penduduk kampung dan pemilik tanaman bagi menebang pokok - pokok sawit yang telah ditanam di dalam tapak Skim Pembesaran Kampung Maludam Fasa 1.

Program ini telah dilaksanakan setelah persetujuan dicapai oleh semua pihak termasuk pemilik tanaman sendiri.

Skim Pembesaran Kampung Maludam Fasa 1 telah menyediakan 230 lot kediaman untuk penduduk - penduduk Kampung Maludam, kini dalam proses naiktaraf kemudahan infrastruktur susulan program “Walkabout” Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada Bulan Mei 2018.

Kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung terutama pemilik tanaman dalam mengosongkan tapak berkenaan bagi membolehkan kerja – kerja menaiktaraf skim tersebut seharusnya dipuji dan dicontohi. Kerjasama seumpama ini pasti akan memudahkan lagi pelaksanaan projek - projek Kerajaan demi kepentingan rakyat sendiri.