Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay

Pengorekan/Pemindahan Bahan Tanah Tanpa Kelulusan Di Bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81)
Posted on : 21 Aug 2018  Source of News: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
 

Pada 20 Ogos 2018, Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di Bahagian Miri.

Dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak 3 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan. Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/ pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.