Font Size Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Language:   English  | Malay

Pengorekan/Pemindahan Bahan Tanah Tanpa Kelulusan Di Bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81)
Posted on : 09 Aug 2018  Source of News: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
 

  Pada 2 dan 3 Ogos 2018, Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mematahkan beberapa aktiviti yang melibatkan pemindahan bahan batuan tanah tanpa kelulusan serta perlanggaran syarat lesen yang dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Bahagian Mukah.

  Dalam 2 operasi yang dilaksanakan tersebut, sebanyak 3 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.

  Melalui serbuan berasingan yang dijalankan pada 7 Ogos pula, 4 buah jentera berat turut disita atas kesalahan yang sama.

  Aktiviti ini dikesan melalui risikan awal serta rondaan yang dilaksanakan dan kesemua kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

  Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

  Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada Jabatan melalui talian 082-444111 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombar 555999.