Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Perutusan Pengarah

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak adalah merupakan agensi peneraju dalam pengurusan dan pentadbiran tanah di negeri Sarawak. Antara bidang kuasanya adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, perancangan, penilaian, survei dan penguatkuasaan undang-undang Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Laman portal ini adalah merupakan salah satu kaedah pengantara kepada orang awam bagi menyalurkan informasi-informasi terkini mengenai perkhidmatan dalam talian, maklumat korporat, tanggungjawab dan perkhidmatan Jabatan serta aktiviti program yang dijalankan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Informasi-informasi seperti ini, diharap dapat memberi manfaat serta  memupuk kefahaman mengenai Polisi Tanah khususnya dan am nya kepada orang awam, agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak syarikat swasta.

Melalui laman portal ini juga, dapatlah dijadikan satu platform bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat bagi mewujudkan komunikasi dua hala melalui perkongsian  maklumbalas dan komen serta cadangan. Komunikasi yang berkesan dan perkongsian maklumat antara Jabatan dengan rakyat dapat dijadikan sebagai pemangkin proses transformasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam menjadikan Jabatan ini sebagai sebuah agensi kerajaan yang unggul dan kompetitif dalam perkhidmatan awam Negeri Sarawak.